Kursus Perkembangan Staf Siri 3 telah diadakan pada 22 dan 29 Julai bertempat di SMK Bintulu. Dalam kursus ini, pada guru akan diajarkan dengan Perisian Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel. Malahan, kedua-dua perisian ini dapat digunakan dalam p&p lembaran markah pelajar. Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi iaitu pukul 8.00am hingga 10.00am dan sesi petang iaitu 3.30pm hingga 5.30pm.
Kursus ini telah diadakan dilaksanakan di Makmal Komputer, Pusat Akses dan Bilik Mesyuarat Atas. Selain itu, Beberapa guru ICT telah dijemput menjadi fasilitator untuk berkongsi penggunaan perisian tersebut bersamaan dengan modul yang disediakan oleh guru ICT.
Melalui kursus ini, diharapkan para guru dapat menggunakan ilmu pengetahaun tentang perisian terbabit dalam proses p&p dengan lebih berkesan. :-)
Gambar hiasan: Microsoft PowerPoint
Gambar hiasan : Microsoft Excel