Pihak admin laman web SMK Bintulu ingin mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan kepada semua pelajar mahupun pendidik SMK Bintulu yang beragama Islam untuk menjalankan ibadat puasa dengan sempurna.
Hari Raya Aidilfitri ( Bahasa Arab : عيد الفطر ‘Ayd al-Fiṭr “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwin Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Assalamualaikum……..
saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua warga pelajar dan pendidik yang beragama islam di SMK BINTULU……..
assalamualaikum.. setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan.. amat tak di sangka SMK Bintulu semakin maju dgn mencipta website sendiri!! tahniah!! semoga terus sukses,.. RAMADAHAN MUBARAK..
askum…selamat berpuasa tuk warga islam smk bintulu….