Profile

VISI & MISI

 VISI
Bintulu Gemilang Berwatak

MISI
SMK Bintulu bertekad memberi sumbangan positif dalam proses memantapkan pembinaan insan dengan menyediakan perkhimatan pelajaran bermutu kepada setiap pelajarnya tanpa mengira perbezaan dari keupayaan dan keturunan

 

 

 
LOGO SEKOLAH

 

 

 COGAN KATA SMK BINTULU IALAH MANSANG

MANSANG
Bergerak ke hadapan dengan penuh semangat dan keyakinan diri untuk mencapai kemajuan dalam semua bidang.
Moving forward with spirit and confidence to progress in every field.

WARNA

  1. MERAH – Merah menunjukkan kekuatan. Merah melambangkan keberanian dan kesediaan menghadapi cabaran hidup. [Red radiates strength. It stands for courage and readiness to face challenges of life.]
  2. HITAM – Hitam melambangkan bahawa kita perlu memahami dan menghormati kebudayaan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan. [Black symbolizes that we should understand and respect the cultures of all races in Malaysia to create unity and harmony.]
  3. KUNING – Kuning melambangkan bahawa kita perlu mematuhi peraturan-peraturan dan saling menghormati antara satu sama lain. [Yellow express the importance of following the school rules and showing respect to each other.]

LAMBANG

  1. BUKU – Memberi inspirasi supaya selalu berusaha untuk mencapai akademik yang cemerlang. [Giving inspiration to hard work and pursue excellent academic achievements.]
  2. CANGKUL – Menggalakkan satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai satu kemahiran dalam bidang kokurikulum dan kemahiran hidup. [Encourages good efforts to master skills in particular field and living skills.]
  3. OBOR -Melambangkan sekolah yang memberikan panduan kepada pelajar-pelajar ke arah mengembangkan individu-individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. [Referring to the school that guides her students to develop completely in order to create stable and harmonious being.]

 

Lagu Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINTULU
SEKOLAH INDAH BERSERI
DARIMU DIDIKAN TETAP DIPERLU
BELAJAR BERDIKARI

KEPADA GURU KAMI SEMUA
INILAH JANJI SETIA
AKAN BELAJAR DENGAN YAKIN
DENGAN PENUH DISIPLIN

KAMI BERSAMA BERSATU PADU
BERGANDING MENIMBA ILMU
SANGGUP HADAPI CABARAN MENDATANG
DENGAN SEMANGAT MANSANG

SMK BINTULU YANG DICINTAI
INILAH HARAPAN KAMI
INSAN HARMONIS BERJIWA MURNI
PADA IBU PERTIWI

 

PIAGAM PELANGGAN SMK BINTULU

Kami warga SMK Bintulu dengan penuh tekad dan iktizam berikrar dan berjanji untuk:

  1. Memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu menurut piawaian KPM kepada semua pelajar.
  2. Memastikan pelajaran seimbang diusahakan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan berakhlak mulia.
  3. Memastikan peratus lulus peperiksaan mengatasi peratus lulus di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan.
  4. Memberi bimbingan dan kaunseling berterusan supaya dapat merealisasikan hasrat KPM 60% aliran sains dan 40% aliran sastera: mengurangkan keciciran dan berdaya saing yang tinggi.
  5. Menyediakan keadaan sekolah yang selamat dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
  6. Berusaha melatih dan menjadikan setiap pelajar sebagai ketua dan juga ahli dalam pasukan serta mewujudkan perasaan kekitaan dan minat pada sekolah.
  7. Memastikan Akta Pendidikan dan arahan Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan.
  8. Memastikan semua sumber diuruskan dengan mengikut garis panduannya demi mencapai manfaat maksimum kepada warga sekolah.
  9. Menerima cadangan dan teguran yang membina secara terbuka demi untuk meningkatkan prestasi semua bidang di sekolah.